Ibu Bapa Buang Anak Perempuan Ke Pulau Kerana Malas Bersekolah Dan Tidur...

Ibu Bapa Buang Anak Perempuan Ke Pulau Kerana Malas Bersekolah Dan Tidur Sepanjang Hari

0
SHARE

CHINA – Pasangan ibu bapa nekad menghukum anak perempuan mereka dengan membuangnya ke sebuah pulau tidak berpenghuni kerana masalah anak mereka yang malas bersekolah dan hanya tidur sepanjang hari.

Memetik laporan Daily Star, seorang nelayan melihat seorang gadis berusia 13 tahun yang mengakui ibu bapanya meninggalkannya di pulau terpencil itu.

Ia sehingga ramaja itu dapat belajar mengenai kesusahan hidup.

Remaja itu dilihat berada sati kilometer dari Bandar Rushan iaitu di pantai Sahndong.

Dia hanya dibekalkan air dan biskut oleh ibu bapanya.

Menurut sumber media tempatan China, ibu bapa gadis itu mengambil tindakan dramatik itu dalam usaha mengubah sikap anak mereka yang suka memberontak.

The Sun turut melaporkan bahawa perkara itu berlaku selepas remaja itu malas untuk pergi ke sekolah dan hanya tidur di biliknya sepanjang hari.

Menurut China Press, gadis dan ahli keluarganya adalah pengunjung pertama di pulau itu, selepas bertahun lamanya ia tidak berpenghuni kerana tidak ada sebarang sumber elektrik dan air bersih.

Selepas dua hari, dia dilaporkan menemui nelayan yang berlayar melalui pulau itu yang mana kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis.

Ketika polis tiba di pantai itu, gadis itu berlari ke araj mereka sambil menangis dan mengatakan; “Saya benar-benar tidak tahan. Mereka (ibu bapa) saya untuk bertahan di sebuah pulau yang sepi.

“Saya hanya mempunyai air dan biskut. Saya tidak dapat menyalakan api. Tolong bawa saya ke darat.”

Polis kemudian mengarahkan ibu bapanya untuk mengambil remaja berkenaa dan membawanya pulang ke Chengdu di Wilayah Sichuan.

Walaupun pihak berkuasa terpaksa ‘campur tangan’, bapa kepada gadis itu berpendapat tindakan itu sebagai satu kejayaan.

Dia mendakwa anak perempuannya kini lebih dewasa dan yakin berdepan dengan ramai orang selepas insiden berkenaan.