RAKYAT MARAH PEMIMPIN PEMBANGKANG DALANG PERHIMPUNAN HARAM WALAUPUN KES COVID-19 SEDANG MENCANAK...

RAKYAT MARAH PEMIMPIN PEMBANGKANG DALANG PERHIMPUNAN HARAM WALAUPUN KES COVID-19 SEDANG MENCANAK NAIK

0
SHARE

KUALA LUMPUR – “Kami cukup yakin dalang disebalik perhimpunan haram ini datangnya dari Pemimpin-Pemimpin PEMBANGKANG, mereka mesti bertanggungjawab penuh kalau peserta perhimpunan dijangkiti virus COVID-19.”

“Selama ini pembangkang jelas menipu rakyat, mereka dilihat sengaja mahu melihat angka Covid-19 mencanak naik, buktinya perhimpunan haram hari ini jelas boleh mencetuskan jangkitan kepada peserta demo…

VIDEO Peserta perhimpunan haram secara jelas telah melanggar SOP dan kemungkinan besar boleh mencetuskan kluster baharu…

“Mereka (peserta demo) langsung tidak berhati perut terhadap ‘Frontliners’ khususnya pihak Polis, Doktor dan Jururawat yang telah berpenat-lelah menangani wabak COVID-19 yang sedang menyerang negara ketika ini.

“Kita agak khuatir kalau peserta demo hari ini dijangkiti virus COVID-19 yang mana kemungkinan Kluster Demo Haram akan berlaku, harus diingat Varian DELTA ketika ini sedang mengganas khususnya di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Ini akhirnya jelas akan menyusahkan pula para ‘Frontliners’,” demikian tulisan sebahagian rakyat Malaysia yang menghujani dalam ruangan komen laman media sosial Facebook hari ini.

Hasil tinjauan rambang oleh wartawan SabahNews hari ini, hampir 95 peratus (95%) ruangan komen warganet melalui portal berita online jelas menunjukkan mereka menolak tunjuk perasaan ini, malahan berasa marah sambil menyifatkan perhimpunan haram ini boleh mewujudkan kluster baharu.

Antara komen netizen yang telah dipetik hasil tinjauan Sabah News pada ruangan komen Facebook hari ini adalah seperti berikut:

Johan Omar: Woiiiii kamu ingat kamu pendemo kebal ka dari dijangkiti Covid-19???? What a stupid thing to do, mohon tangkap penganjur dan bagi maximum punishment, sebab dia kes covid19 bakal bertambah-tambah, cuba siasat siapa dibelakang semua ini.

 

Adi Pok Long: Bodoh. Dipergunakan oleh politaik, silap-silap diri sendiri jadi mangsa covid baru tahu. Kalau ya pun tidak suka, bukan begini caranya.

 

Nelayan Tua: Kerajaan larang berhimpun, dia berhimpun,
Kes covid naik, salah kerajaan,
Polis tangkap, kerajaan zalim,
Inilah permainan kotor puak ni.

Dang Rahmah: Kumpulan kluster gagak hitam yang bakal diusung ke tanah perkuburan tidak lama lagi.

 

Mzah Hamzah: Tolong jangan lepaskan dalang disebalik perhimpunan ini. Rakyat sedang susah menghadapi pandemik Covid-19…lahanat nie sibuk nak huru hara kan negara. Rakyat diperbodohkan demi kepentingan mereka. Rakyat dijadikan umpan …..sedar lah semua….sekarang nie bukan masa kita perjuangkan politik.

 

Azman Mat: Tangkap dan letak kat bilik mayat mangsa covid.

Marahari Suria: Dengar cerita ada yang bergelang pink sertai perhimpunan tersebut, kalau benarlah, maka bersiap sedialah kita rakyat Malaysia untuk menghadapi gelombang kluster PH yang mungkin akan cecah puluhan ribu dan tak mustahil ratusan ribu sehari.

 

Rachman LD: Saban tahun golongan muda akan dipergunakan kerana kenaifan mereka tentang mengenali dunia politik… Politik hanya mainan politikus dik, tidak payah serius… Dorang tidak akan mansuhkan PTPTN tu, sejarah dah ada dik, pung pang sana sini, tapi bila jadi kerajaan dorang buat benda yang sama juga.

 

Mg Bentayan: Ini semua otak udang.orang atasan tepok tangan. Silap-silap kita dan keluarga kita yang kena penyakit. gunalah otak dengan bijak. jangan kita dijadikan balaci. kalau tukar kerajaan pun masa ini. Covid tak kan hilang. selagi kita tak boleh kita jaga kita.

Berikut adalah paparan sebahagian lagi warganet yang mengecam perhimpunan haram #Lawan pagi tadi;