KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat peningkatan 49 kes hari ini yang berpunca daripada jumlah jangkitan baharu di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran. Jumlah keseluruhan kes COVID-19 baharu sebanyak 845 KES.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kota Kinabalu mencatat 227 kes hari ini (+50 kes) dan Penampang pula kembali kepada tiga angka dengan 105 kes (+44 kes).
“Kota Kinabalu dan Penampang merupakan dua daerah yang mencatat kes baharu tiga angka. Papar yang mencatat 102 kes kelmarin merekodkan hanya 82 kes baharu hari ini…
”Tuaran yang mencatat 57 kes kelmarin menambah 24 kes hari ini kepada 81 kes. Ini berpunca daripada satu kluster baharu yang diisytiharkan hari ini,” katanya.
Kluster Kumpulan Berisiko melibatkan pusat penjagaan kebajikan Hope Village di Jalan Tambalang, Tuaran.
Kes indeks kluster tersebut ialah seorang pelajar perempuan berumur 20 tahun yang sedang menjalankan sesi praktikal dan tinggal di kuarters pekerja.
Masidi berkata beliau dikesan positif melalui saringan bergejala pada 5 Mac.
“Saringan keatas kontak rapat telah mendapati 59 orang lagi telah dijangkiti menjadikan jumlah kumulatif 60 pesakit setakat hari ini…
“Siasatan lanjut masih berjalan dan mereka yang positif telahpun diasingkan dan diberi rawatan yang sewajar. Untuk rekod, Kluster Institusi Pendidikan Jalan Getah di daerah Kunak ditamatkan hari ini,” jelasnya.
Telupid merupakan satu-satunya daerah di Sabah yang tidak mencatat sebarang kes baharu.
Katanya lagi, walaupun jumlah jangkitan harian semakin stabil tetapi peratusan jangkitan sporadik masih tinggi dengan hampir 61 peratus daripada kes keseluruhan hari ini.
“Risiko dan ancaman penularan virus dengan cepat dan meluas tetap ada. Semua lapisan masyarakat perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) pada setiap masa,” tegasnya.
Lima (5) pesakit berada dalam Kategori 3, lapan (8) dalam Kategori 4 dan seorang (1) lagi dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (13 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 227 (177)
Penampang – 105 (61)
Papar – 82 (102)
Tuaran – 81 (57)
Tawau – 39 (38)
Sandakan – 37 (39)
Keningau – 37 (26)
Tenom – 24 (9)
Tambunan – 23 (28)
Ranau – 21 (12)
Putatan – 21 (27)
Beaufort – 20 (45)
Kota Marudu – 19 (24)
Sipitang – 18 (23)
Kota Belud – 18 (19)
Lahad Datu – 14 (19)
Kuala Penyu – 12 (26)
Kinabatangan – 10 (8)
Kudat – 10 (19)
Kunak – 7 (2)
Nabawan – 5 (8)
Pitas – 5 (7)
Kalabakan – 5 (5)
Semporna – 2 (1)
Beluran – 2 (6)
Tongod – 1 (3)
Telupid – 0 (5)





