KUALA LUMPUR – Seperti telah dijangka selepas selang hanya sehari Dato’ Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan mencabar Pengisytiharan Darurat di Mahkamah bagi menangani ancaman COVID-19 yang telah ditandatangani oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kini giliran Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pula telah menulis surat kepada Timbalan Speaker bagi meminta sidang Parlimen untuk segera diadakan.
Penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal ditambah pula dengan bencana banjir dan dalam masa yang sama pimpinan tertinggi Parti UMNO termasuk PKR, WARISAN, DAP AMANAH dan PEJUANG masih lagi berterusan BERPOLITIK tanpa memikirkan nyawa dan masalah yang dihadapi bukan sahaja rakyat tetapi petugas barisan hadapan (frontliners) di seluruh Malaysia.
Umum mengetahui Proklamasi Darurat telah dilaksanakan bermula 12 Januari sehingga 1 Ogos. Selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Haji Affendi Buang; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani bin Salleh, Al-Sultan Abdullah telah menandatangani Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa pengisytiharan daurat ini juga jelas termaktub di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuaan.
Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu pengisytiharan yang bermaksud sedemikian.”

Perkara 150 (2) Perlembagaan Persekutuan pula jelas menyatakan bahawa (2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.
Dalam reaksi balas mengenai surat yang telah dihantar oleh SUA UMNO tersebut Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menggesa agar sidang Parlimen diadakan dalam masa terdekat.
Menurut Annuar, tindakan Ahmad Maslan itu boleh ditafsirkan sebagai percubaan MENDERHAKA kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.

Menurut Annuar lagi, tindakan Ahmad juga tidak pernah dibincang atau diputuskan oleh parti, selain bercanggah sama sekali dengan kenyataan akhbar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini yang menjunjung titah Tuanku memperkenankan pengisytiharan darurat.
“Jika sudah ‘menjunjung titah’ dan itu keputusan parti, mengapa pula Ahmad cuba membelakangi kenyataan rasmi presiden parti. Ia juga satu usaha jelas untuk terus bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini meminta perkara sama dilakukan ahli Parlimen…
“Justeru saya meminta Ahmad menarik balik surat itu dan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan tidak berperlembagaan serta bercanggah dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,” katanya melalui kenyataan rasmi yang disiarkan petang kelmarin.
Dalam reaksi sama, ahli UMNO lainnya juga dilihat turut terkejut dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Ahmad Maslan sambil menyifatkannya sebagai satu PENDERHAKAAN kepada Yang di- Pertuan Agong.
Sambil bersetuju dengan kenyataan Annuar Musa, mereka (Ahli UMNO) juga turut berkeyakinan tindakan Ahmad Maslan menulis surat kepada semua ahli Parlimen UMNO dan BN bagi mengemukakan persetujuan bagi pelaksanaan Perkara 150 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan untuk diadakan sidang Parlimen pada tarikh segera sebenarnya telah dirancang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ahmad Maslan sudah tentu telah mendapat arahan dari Presiden UMNO untuk menulis surat kepada Timbalan Speaker termasuk MP UMNO dan BN, justeru tindakan ini jelas menunjukkan UMNO kini telah tersasar jauh dari matlamat perjuangan untuk membela kedaulatan agama, bangsa dan negara termasuklah mempertahankan institusi beraja di Malaysia
“Penderhakaan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong adalah jelas satu perbuatan yang biadap dan tidak boleh diterima, sepatutnya pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO ketika ini fokus membantu rakyat yang terjejas teruk dengan COVID-19 termasuk banjir, sebaliknya mereka terus BERPOLITIK.”
“Sebelum ini timbul presepsi negatif di kalangan ahli-ahli UMNO termasuk rakyat Malaysia iaitu cubaan pimpinan tertinggi UMNO untuk menggulingkan kerajaan dan menubuhkan pula jajaran baharu dengan Anwar Ibrahim agar mendapat pulangan KES RASUAH pimpinan UMNO akan digugurkan”
“Selepas kejadian terkini oleh SUA UMNO ini, kelihatan andaian tersebut seolah-olah betul”.
“Juteru wajarlah ahli-ahli UMNO kini bangkit mendesak agar Zahid Hamidi termasuk Ahmad Maslan dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO yang terlibat dengan kes rasuah untuk segera berundur daripada terus mengemudi UMNO.”
Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyar yang juga Ahli Parlimen Pangerang Azalina Othman Said telah menolak cadangan Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan tersebut supaya satu sidang khas Parlimen diadakan berhubung Proklamasi Darurat.
Menurut Azalina isu yang wajar dan perlu dipertimbangkan, terutama yang membabitkan kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, Fasal 14(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan bahawa persidangan Parlimen hanya boleh dipanggil sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka.
Oleh itu, menurut Azalina, pada hemat beliau, kebarangkalian baginda memanggil satu persidangan Parlimen dalam masa terdekat atau membatalkan Proklamasi dan Ordinan Darurat SANGAT TIPIS.
Berikut merupakan sebahagian KOMEN rakyat Malaysia berhubung isu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yang telah menulis surat secara SULIT bagi meminta sidang Parlimen untuk segera diadakan;