Penat Dan Letih Perangi COVID-19, Doktor Meninggal Dunia Selepas Tertidur Dan Pengsan

Penat Dan Letih Perangi COVID-19, Doktor Meninggal Dunia Selepas Tertidur Dan Pengsan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Seorang doktor yang juga barisan hadapan (frontliner) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memerangi penularan wabak COVID-19 telah meninggal dunia selepas tertidur ketika bertugas dan pengsan.

Berita sedih itu disampaikan menerusi satu hantaran yang dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman media sosial Facebook (Fb), malam tadi.

Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM wabak virus itu.

“Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah…

“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.

Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.