BIIBFF Ke-22 Beri Impak Positif Pelancongan Sabah

BIIBFF Ke-22 Beri Impak Positif Pelancongan Sabah

0
SHARE
Nizam
Nizam (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama lima Presiden kelab berkuasa tinggi yang menaungi Jawatankuasa Induk BIIBBF ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Penganjuran Borneo Island International Big Bike Festival (BIIBBF) Ke-22 dilihat beri impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata penganjuran BIIBBF pada kali ini menyaksikan penyertaan seramai 1,150 peserta dari dalam dan luar negara dan yang teramai dalam sejarah penganjuran BIIBBF sejak diperkenalkan pada tahun 2000.

Menurut beliau, festival tahunan tersebut menjadi platform penting kepada para peminat motosikal berkuasa tinggi untuk berkumpul, sekaligus memberikan impak positif kepada sektor ekonomi dan pelancongan di Sabah.

“Sambutan hangat yang diterima ini, mencerminkan minat yang tinggi dalam kalangan peminat motosikal tempatan dan antarabangsa.

“Acara ini bukan hanya menghimpunkan komuniti permotoran, tetapi juga memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan negeri mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan antarabangsa,” katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam BIIBBF Ke-22 pada Sabtu.

Jelas beliau, dengan kehadiran peserta yang ramai, sektor ekonomi setempat seperti hotel, restoran serta peniaga kecil dan sederhana di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya turut mendapat manfaat sepanjang festival berlangsung.

Beliau juga mempelawa para peserta antarabangsa melawat ke destinasi-destinasi ikonik Sabah seperti Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan dan kawasan pelancongan luar bandar yang menawarkan pengalaman pelancongan komuniti yang menarik.

Nizam turut menekankan komitmen kerajaan negeri dalam menyokong pelancongan mampan bagi mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UN).

“Festival ini diharap akan terus menjadi program tahunan yang akan memberi impak positif kepada sukan permotoran, pelancongan dan ekonomi Sabah,” ujarnya.

Turut hadir, Presiden Sabah Big Bikers Association, Datuk Osman Ahmed, Presiden LA Riders Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Rafi Alli Hassan, Presiden Borneo Island Big Bikers (BIBB) Sarawak Ramlee Tuah dan Yang Dipertua Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) Pengiran Redzuan Pengiran Ahmad. — JABATAN PENERANGAN SABAH

SHARE
Previous articleKPT Alu-alukan Pelaksanaan PLKN 3.0
Next articleFestival ROK Medan Pamer Muzik Tradisi
Sabah News adalah sebuah medium berita yang menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.