Bimbang ‘Sasaran’ Kurang Tepat, Lelaki Jepun Pilih Untuk Duduk Ketika Buang Air...

Bimbang ‘Sasaran’ Kurang Tepat, Lelaki Jepun Pilih Untuk Duduk Ketika Buang Air Kecil

0
SHARE
Foto menunjukkan pelekat di tandas yang memerintahkan lelaki untuk "tolong duduk untuk kencing!"...(Sumber Foto: Tech Tech, Jepun)

NAGOYA, JEPUN – Lelaki di Jepun memilih untuk duduk di dalam tandas berbanding berdiri ketika mereka membuang air kecil di mana bertujuan untuk mengurangkan ‘percikan’ tanpa sengaja jika ‘sasaran’ kurang tepat.

Pengeluar peralatan mandian Jepun Lion Corp. dalam satu hasil kajian pada bulan tahun ini mendedahkan bahawa 60.9 peratus (60.9%) lelaki memilih untuk membuang air kecil secara duduk yang mana mereka sebelum ini sering melakukan posisi berdiri ketika membuang air kecil.

Bagi lelaki yang memilih untuk duduk, 49 peratus (49%) daripada responden berkata, mereka mengubah posisi daripada berdiri kepada duduk, manakala 11.9 peratus (11.9%) sememangnya memilih posisi duduk sejak dahulu.

Hanya 2.7 peratus (2.7%) daripada golongan itu terdiri daripada lelaki berumur 60-an, manakala 25.7 peratus lagi berusia 20-an.

Foto menunjukkan pelekat ilustrasi yang memerintahkan lelaki dalam bahasa Jepun dan Inggeris untuk duduk ketika membuang air kecil…(Sumber Foto: Tech Tech, Jepun)

Alasan paling banyak diberikan adalah kerana melihat kekotoran yang dibuat (jika membuang air secara berdiri), dengan 37.3 peratus (37.3%) berkata, mereka dapat melihat kesan-kesan percikan air kecil akibat perbuatan mereka.

Selain itu, 27.9 peratus (27.9%) responden turut memberikan alasan bahawa tindakan itu adalah sebagai sikap bertimbang rasa kepada pencuci tandas, 19.3 peratus berpendapat mereka perlu membersihkan sendiri kekotoran serta 16.6 peratus yakin bahawa percikan air kecil tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Kaji selidik tersebut dilakukan dalam kalangan 1,500 orang lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun.