Blueprint Wanita Sabah 2026-2035 Perkukuh Agenda Pemerkasaan Wanita Negeri

Blueprint Wanita Sabah 2026-2035 Perkukuh Agenda Pemerkasaan Wanita Negeri

0
SHARE

KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) menyerahkan Dokumen Rangka Tindakan Wanita Sabah (Sabah Women’s Blueprint) kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kunjungan hormat di Pejabat Ketua Menteri, pada Khamis.

Dokumen Rangka Tindakan Wanita Sabah 2026–2035 itu dibangunkan menerusi kajian menyeluruh serta sesi libat urus strategik bersama pelbagai pemegang taruh bagi memperkukuh agenda pemerkasaan wanita di negeri ini.

Kunjungan berkenaan diketuai Datuk Azizah Mohd Dun dan turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ramzah Dambul.

Menurut kenyataan IDS, kunjungan itu menjadi platform penting dalam memperkukuh komitmen terhadap pembangunan wanita menerusi pendekatan yang inklusif, holistik dan mampan selaras dengan aspirasi pembangunan negeri.

Rangka tindakan berkenaan turut menggariskan hala tuju strategik bagi memperkukuh penyertaan, kepimpinan, kesejahteraan serta pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah dalam tempoh 2026 hingga 2035.