BMW Terbabas Sendiri Dan Langgar Pokok di Jalan Teluk Likas

BMW Terbabas Sendiri Dan Langgar Pokok di Jalan Teluk Likas

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sebuah kenderaan jenis BMW terbabas sendiri dan melanggar pokok dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Teluk Likas awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.59 pagi. 

Katanya, seramai sembilan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 7 kilometer dan tiba pada jam 6.06 pagi.

“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis BMW terbabas sendiri dan melanggar pokok.

Terdapat seorang mangsa lelaki terlibat dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

“Pasukan Bomba bertindak menghantar mangsa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada lagi keberbahayaan lain di lokasi operasi ditamatkan pada jam 6.23 pagi.