PAHANG – Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Tioman dengan majoriti tipis 573 undi.
Calon Pilihan Raya Umum ke-15 itu, Datuk Seri Mohd Johari Hussain memperolehi 8,080 (48.95 peratus) undi diekori rapat calon Perikatan Nasional (PN) Nor Idayu Hashim dengan 7,507 (45.47 peratus) undi.
Menurut fakta Suruhanjaya Pilihan Raya, pengundi berdaftar bagi kawasan tersebut seramai 28,465 dan yang keluar mengundi 16,508 orang, bersamaan dengan 57.99 peratus.
Sementara itu, menurutnya, 91 kertas undi telah ditolak…
Calon Pakatan Harapan, Mohd Fadzli Mohd Ramly memperoleh 784 undi (4.75 peratus) dan Osman Bakar dari Parti Pejuang pula mendapat 79 undi (0.48 peratus).
Manakala Calon Bebas, Sulaiman Bakar pula mendapat 58 undi bersamaan 0.35 peratus.