Bomba Bantu Pindahkan Pesakit Dialisis Tamparuli Terjejas Banjir

Bomba Bantu Pindahkan Pesakit Dialisis Tamparuli Terjejas Banjir

0
SHARE
Bomba
Anggota pasukan bomba membantu mangsa meredah jambatan terputus di Kampung Bawang, Tamparuli ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TUARAN, SABAH – Pesakit dialisis wanita berusia 66 tahun yang berkerusi roda termasuk seorang lelaki, 60, menerima bantuan pemindahan daripada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat pagi tadi.

Difahamkan, jambatan ke rumah mangsa, Sinim Limun, di Kampung Bawang, Tamparuli, terputus akibat dimusnahkan air banjir deras baru-baru ini.

“Beliau dihantar ke Hospital Tuaran bagi temujanji dialisis menggunakan jentera EMRS bomba,” kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.34 pagi dan sampai ke lokasi 16 minit kemudian. Operasi ditamatkan pada pukul 9.55 pagi