KPM Teruskan Siasatan Insiden Babit Jurulatih Tampar Dua Atlet Perempuan

KPM Teruskan Siasatan Insiden Babit Jurulatih Tampar Dua Atlet Perempuan

0
SHARE
KPM
Logo Kementerian Pendidikan Malaysia (Sumber Foto Google)

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib membabitkan insiden seorang jurulatih menampar dua pemainnya dalam satu kejohanan bola tampar yang rakamannya tular dalam media sosial , semalam.

KPM dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius terhadap isu yang dilaporkan berkenaan insiden terbabit dan tindakan sewajarnya akan diambil.

“Satu perjumpaan dengan ibu bapa murid yang terbabit akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laporan itu.

“KPM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada laporan polis dibuat mengenai insiden terbabit.

“KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasamenjadi keutamaan,” jelas dalam kenyataan terbabit.