PAPAR, SABAH – Dua individu maut tersepit dalam sebuah lori treler yang terbabas lalu terbalik di bahu jalan Jalan Kimanis – Keningau semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada pukul 5.11 petang.
Seramai enam pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis bergegas ke lokasi dan tiba dalam masa 28 minit.
“Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralat khas.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan di serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap bagi agensi.
Kemudian, pemeriksaan di sekitar kawasan dijalankan memastikan tiada lagi bahaya lain wujud.