Bomba Bantu Turunkan Lelaki Kurang Waras Akibat Pengaruh Gam Di Jambatan Beaufort

Bomba Bantu Turunkan Lelaki Kurang Waras Akibat Pengaruh Gam Di Jambatan Beaufort

0
SHARE

BEAUFORT, SABAH – Bomba terpaksa dipanggil bagi menurunkan seorang remaja lelaki yang cuba “menarik bulan” di Jambatan Beaufort di sini.

Pada awalnya, remaja lelaki berkenaan disangka ingin melakukan percubaan untuk membunuh diri tetapi rupanya tindakan itu didorong oleh sifat kurang waras di bawah pengaruh gam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.44 pagi.

Difahamkan beberapa panggilan yang dibuat oleh pihak polis dan juga orang awam yang gementar melihat kejadian itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO yang menunjukkan Bomba Beaufort berusaha menurunkan seorang remaja lelaki di bawah pengaruh gam daripada Jambatan Beaufort…

Sumber Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata remaja berusia 20 tahun itu akur drngan arahan anggota di lokasi dan segera turun menggunakan tangga.

“Mangsa berada di ketinggian pada kira-kira 20 kaki dari jalan raya…

“Operasi ditamatkan pada 10.55 pagi selepas beliau diserahkan kepada pihak polis,” katanya.