Warga Emas Melecur Badan Ketika Rumah Musnah Terbakar

Warga Emas Melecur Badan Ketika Rumah Musnah Terbakar

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Seorang warga emas melecur di bahagian belakang tubuhnya sewaktu marak api memusnahkan rumah beliau di Kampung Tawadakan di sini, tengah hari tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud bergegas ke lokasi berjarak kira-kira 16 kilometer dari balai sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 12.10 tengah hari.

Pegawai Operasi, PBK II Mohammad Zulfadli Usman berkata kekuatan sembilan (9) anggota hadir ke lokasi insiden tersebut di Jalan Tamau Tawakan.

“Kebakaran melibatkan Rumah Jenis Separuh kekal, terbakar 80 peratus dan turut terbakar sebuah kereta jenis Perodua Viva terbakar 100 peratus…

“Pemadaman menggunakan satu (1) aliran 200 kaki air dari tangki jentera,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau berkata mangsa berusia 60-an terus dihantar ke hospital sewaktu operasi pemadaman berlangsung.