MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akhirnya tumbang selepas EMPAT (4) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan itu mengumumkan menarik sokongan kepada kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO.
Empat (4) orang ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Menurut Datuk Seri Idris Haron, empat orang wakil rakyat berkenaan telah hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Kesemua mereka telah menghantar surat untuk menarik sokongan berkenaan kepada Pejabat Ketua Menteri, hari ini.

Penganalisis politik dalam pada itu turut menyatakan sebagai seorang Islam kita harus meyakini ketentuan Qada dan Qadar dan dalam masa yang sama kepimpinan UMNO perlu bermuhasabah diri. Sebelum ini, mereka telah menikam belakang BERSATU di Perak yang mana akhirnya Allah bayar secara ‘tunai’ di Melaka.
Situasi terkini di Melaka juga secara jelas menunjukkan kepimpinan Dato’ Sri Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO telah GAGAL mengurus parti dengan baik.
Khabar angin juga jelas kedengaran salah satu sebab empat wakil rakyat Kerajaan Melaka berpaling tadah disebabkan kurang senang dengan kepimpinan Ketua Perhubungan UMNO Melaka iaitu Dato’ Seri Abd Rauf Yusoh kononnya mempunyai kuasa menyamai Ketua Menteri Melaka.
