Bomba Berjaya Keluarkan Kanak-Kanak Umur Setahun Terperangkap Dalam Kereta

Bomba Berjaya Keluarkan Kanak-Kanak Umur Setahun Terperangkap Dalam Kereta

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Pasukan bomba daerah berjaya mengeluarkan seorang kanak-kanak berumur setahun dari terperangkap dalam sebuah kereta.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan terbabit pada pukul 5.25 petang tadi.

Pegawai Operasi PBK II Norhasrita Abdul Manan berkata kanak-kanak lelaki itu terkunci di dalam kenderaan jenis Perodua Alza yang terletak di sebuah rumah di Kampung Pamalan, Jalan Communication di sini.

“Anggota bertindak membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat,” katanya dalam sebuah laporan kes.

Kerisauan ibu bapa mangsa, Stanleey Beneetius Mike Rayner, berakhir setelah kembali dalam dakapan mereka.

Norhasrita berkata setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 5:42 petang hari ini.