Bomba Giat Mencari Warga Emas Hilang Di Hutan Kampung Tinananom

Bomba Giat Mencari Warga Emas Hilang Di Hutan Kampung Tinananom

0
SHARE

RANAU, SABAH – Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan pasukan Bomba daerah untuk seorang warga emas yang hilang di hutan Kampung Tinananom sini hari ini.

Mangsa, Moijin Gamiyan, 65 dilaporkan hilang ketika masuk ke hutan pada Ahad untuk memeriksa jerat haiwan liar.

Laporan dibuat ahli keluarga pada 8.15 pagi hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Ranau terdahulu menerima laporan tersebut daripada pihak Polis.

“Sepasukan enam anggota bomba bergegas ke lokasi berjarak kira-kira 75 km daripada balai untuk melakukan operasi,” katanya.