Bomba Jerat Ular Sawa Yang Sedang Lena Dan Kenyang

Bomba Jerat Ular Sawa Yang Sedang Lena Dan Kenyang

0
SHARE

BEAUFORT, SABAH – Anggota Bomba menjerat seekor ular sawa yang baru sahaja ‘kenyang’ selepas membaham seekor anak kambing di Kampung Suasa sini tengah hari tadi.

Pengadu bertindak memanggil pasukan penyalamat selepas melihat reptilia terbabit sedang lena dengan perut kembung dalam salah satu kandang kambing milik beliau.

Seramai sembilan anggota bergegas dari Balai Bomba Beaufort dengan jarak kira-kira 28 kilometer sejurus mendapat panggilan kecemasan itu pada pukul 12.34 tengah hari.

Selepas diukur, Ketua operasi, PBK II KUP Dinin Ajak berkata ular itu sepanjang 12 kaki.

Tiada mangsa dilaporkan semasa operasi tamat pada pukul 1.23 petang.