Bomba Selamatkan 32 Mangsa Banjir di Sipitang, Papar dan Beaufort

Bomba Selamatkan 32 Mangsa Banjir di Sipitang, Papar dan Beaufort

0
SHARE

KOTA KINABALU Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya menyelamatkan seramai 32 mangsa banjir melibatkan tujuh keluarga dalam beberapa operasi berasingan di Sipitang, Papar dan Beaufort, hari ini.

Di Kampung Pantai Sipitang, panggilan kecemasan diterima pada jam 8.05 pagi dan sepasukan tujuh anggota BBP Sipitang bertindak memindahkan 14 mangsa daripada tiga keluarga ke lokasi selamat.

Operasi menggunakan lori Majlis Daerah Sipitang dan ditamatkan pada jam 11.50 pagi.

Sementara itu, di Kampung Benoni, Papar, lima anggota BBP Papar yang diketuai menyelamatkan sembilan mangsa daripada sebuah keluarga selepas menerima panggilan pada jam 9.46 pagi.

Operasi yang turut menggunakan bot NADMA itu selesai pada jam 10.31 pagi.

Di Kampung Luagan, Sipitang, dua mangsa iaitu sepasang suami isteri berjaya dipindahkan oleh pasukan sama dari BBP Sipitang.

Operasi bermula jam 11.52 pagi dan berakhir setengah jam kemudian.

Manakala di Kampung Bangkalalak, Beaufort, tiga anggota BBP Beaufort menyelamatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga, termasuk lima kanak-kanak.

Operasi tamat pada jam 12.15 tengah hari.

Secara keseluruhan, JBPM Sabah mengesahkan 32 mangsa banjir berjaya diselamatkan dalam operasi pada hari ini dengan penglibatan seramai 22 anggota bomba dan beberapa aset termasuk lori, jentera FRT serta bot penyelamat.