KOTA KINABALU: Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bertindak menyelamat seorang wanita yang terperangkap di koridor tingkat 6 pangsapuri One Sulaman Platinium Tower di sini malam Selasa.
Difahamkan mangsa berusia 19 tahun tersekat di antara koridor di luar beranda rumah.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan panggilan kecemasan diterimanpara pukul 10.15 melalui talian balai.
Sepasukan 10 anggota diketuai PBKII Welson Juanis tiba ke lokasi berjarak 17 kilometer 18 minit kemudian.
“Pasukan lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) menggunakan tali dan harness untuk memindahkan mangsa pada tingkat yang sama.
“Selepas mangsa berjaya diselamatkan dan dipastikan tiada kecederaan, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” lapor seorang jurucakap agensi.
Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 11 malam.






