Bot Karam Di Kampung Batu Payung Ragut Nyawa 2 Adik-Beradik

Bot Karam Di Kampung Batu Payung Ragut Nyawa 2 Adik-Beradik

0
SHARE
Gambar Hiasan...

TAWAU, SABAH – DUA (2) adik beradik ditemui lemas pagi tadi dalam insiden bot karam di Kampung Batu Payung sini semalam.

Mayat Jaidi Muhaimin, 5 tahun, ditemui di pesisiran pantai oleh penduduk kampung pada jam 6.30 pagi.

“Seorang lagi mangsa yang merupakan kakak, Rahena Muhaimin, 20, masih belum dijumpai…

“Pasukan bomba bersama agensi bantuan masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Seorang anggota pasukan Bomba Sabah dalam operasi mencari dan menyelamat bersama…

Pada kira-kira pukul 4 petang Sabtu, bot yang dinaiki sembilan mangsa karam semasa patah balik dari Batu 4 Kampung Rawa-Rawa ke Kampung Batu Payung dipercayai kerana cuaca buruk.

Pasukan bomba bersama 17 bot orang kampung, sebuah Bot Polis Marin RH17, dan satu bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terlibat dalam pencarian.