KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat penurunan 99 kes setelah melalui trend peningkatan beberapa hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 165 KES dilaporkan bagi hari ini (Ahad).
“Beberapa daerah menunjukkan penurunan yang agak besar seperti Tuaran -34 kes, Kota Kinabalu -23 kes, Ranau -15 kes dan Penampang -12 kes.
“Hanya Tawau yang merekodkan peningkatan ketara dengan pertambahan sebanyak 10 kes berbanding semalam.
“Pada hari ini, sebanyak tujuh (7) daerah mencatatkan kes dua angka dengan kes tertinggi di Kota Kinabalu iaitu dengan 33 kes.
“Sebanyak 14 daerah lagi mencatatkan kes pada satu angka sahaja dan enam daerah mencatatkan sifar kes,” katanya dalam rumusan harian kes.
Seramai 165 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2 dan satu kes masing-masing dilaporkan dalam Kategori 3, 4 dan 5.
Kes yang melibatkan seorang pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (02 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 33 (56)
Penampang – 19 (31)
Kota Belud – 19 (18)
Ranau – 17 (32)
Tawau – 11 (1)
Papar – 10 (15)
Kota Marudu – 10 (8)
Tuaran – 8 (42)
Keningau – 5 (12)
Beaufort – 5 (8)
Tambunan – 4 (2)
Sandakan – 4 (4)
Putatan – 4 (13)
Kudat – 4 (1)
Kuala Penyu – 3 (3)
Lahad Datu – 2 (2)
Nabawan – 2 (1)
Tenom – 2 (0)
Beluran – 1 (4)
Telupid – 1 (0)
Kinabatangan – 1 (3)
Semporna – 0 (0)
Kunak – 0 (2)
Sipitang – 0 (6)
Pitas – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)





