Bot Polis Marin Sandakan Terbakar

Bot Polis Marin Sandakan Terbakar

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Sebuah aset milik Pasukan Polis Marin Sandakan terbakar 70 peratus di perairan jeti pangkalan pasukan keselamatan tersebut hari ini.

Sepasukan lapan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke lokasi dengan bantuan Bot Polis Marin sebaik menerima maklumat kejadian pada 9:49 pagi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, api dipadamkan dengan satu aliran foam dan pancutan air laut.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan terlibat.

“Operasi terkawal pada jam 10:15 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 10:50 pagi,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Operasi turut dibantu tujuh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan tiga orang anggota Polis Marin.