BRENNDON KEITH SOH DILANTIK SEBAGAI PEGUAM BESAR

BRENNDON KEITH SOH DILANTIK SEBAGAI PEGUAM BESAR

0
SHARE
Brenndon
Datuk Brenndon Keith Soh ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pelantikan Datuk Brenndon Keith Soh sebagai Peguam Besar Negeri hari ini, bagi menggantikan Datuk Nor Asiah Yusof.

Pelantikan Brenndon berkuat kuasa serta-merta dan untuk tempoh tiga tahun.

Nor Asiah akan menyandang jawatan Brenndon sebelum ini sebagai Penasihat Undang-undang kepada Ketua Menteri.

Brenndon sebelum ini pernah memegang jawatan Peguam Besar Negeri dari Julai hingga November 2020.