Bung Minta Kerajaan Pusat Salur Bantuan Vaksin Sinovac Ke Sabah Agar Program...

Bung Minta Kerajaan Pusat Salur Bantuan Vaksin Sinovac Ke Sabah Agar Program PICK Berjalan Lancar

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Kerajaan Pusat supaya menyalurkan bantuan Vaksin Sinovac sumbangan dari negara China kepada Sabah agar program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini dapat dteruskan dan berjalan dengan lancar.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, perkara itu perlu diberikan pertimbangan oleh kerajaan pusat bagi memenuhi keperluan (PICK) yang sedang berjalan lancar di negeri ini.

“Kita memang masih ada bekalan Vaksin ketika ini, bagaimanapun ekoran pemberian vaksin dibawah program (PICK) yang sedang berjalan rancak di seluruh daerah ketika ini, kita perlu bersedia awal agar bekalan Vaksin sentiasa mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat khususnya di kawasan luar bandar,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media Menteri Luar Datuk Seri Hishammudin Hussein pada rabu tentang kesediaan China dan juga Jepun menyumbang vaksin kepada Malaysia.

Dalam kenyataan tersebut Hishammudin menyatakan hasrat China menyumbang 5,000 dos vaksin Sinovac-Cornovac kepada rakyat negara ini seperti dimaklumkan Menteri Luar Negara itu Wang Yi pada Rabu.

Selain itu negara Jepun juga melalui kenyataan Menteri Luar, Motegi Toshimitsu, sedia menyumbangkan vaksin keluaran AstraZeneca dikilangkan di Jepun kepada Malaysia.

Menurut Bung sumbangan 5,000 dos vaksin Sinovac-Coronovac ini perlu di hantar terus ke Sabah dimana ianya sesuai digunakan untuk pemberian (PICK) khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Dato’ Sri Bung Moktar Radin…

Bung berkata walaupun pemberian (PICK) berjalan rancak ketika ini, namun tidak dinafikan masih ramai di kalangan penduduk di negeri ini di luar bandar dan kawasan pedalaman belum menerimanya atas faktor komunikasi dan kurang kefahaman tentang kebaikan mengambil vaksin.

“Melalui jentera kerajaan yang ada termasuk pemimpin peringkat akar umbi seperti Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan kampung (JPKK) perlu digerakan secara lebih proaktif bagi memberikan penerangan tentang kebaikan mengambil vaksin disamping mendaftarkan komuniti setempat sebagai penerima,” katanya.

Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Lamag itu menyakini program vaksinasi merupakan satu-satunya jalan keluar (Exit strategy) bagi mengawal penularan wabak COVID-19 di negera ini dan langkah pada pemulihan segala sektor terutamanya sektor ekonomi.