TAWAU: Seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi di Jalan Tawau Lama, di sini, pada 26 Disember lalu.
Dalam operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tawau, suspek berusia kira-kira 36 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Tawau, Jasmin Hussin berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 5.16 gram.
“Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Saringan awal ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman berat jika sabit kesalahan.






