Calon GRS Ingatkan Pengundi Muda Pantai Manis: Satu Undi Tentukan Masa Depan

Calon GRS Ingatkan Pengundi Muda Pantai Manis: Satu Undi Tentukan Masa Depan

0
SHARE

PAPAR: Golongan muda agar digesa membuat pilihan yang tepat kerana satu undi mampu mengubah halatuju negeri dan kawasan Pantai Manis.

Calon Nombor 7 Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Pg. Saifuddin Pg. Tahir Petra berkata semua warga N.29 Pantai Manis haruslah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 29 November nanti.

“Satu undi mampu mengubah halatuju negeri Sabah dan kawasan Pantai Manis, tetapi memerlukan lima tahun untuk diperbetulkan sekiranya tersilap pilih,” katanya ketika berucap dalam Majlis Santai Bersama Calon GRS bagi N.29 Pantai Manis di Kg Laut dekat sini, pada Selasa.

Dalam ucapannya, Pg. Saifuddin yang lebih mesra dengan nama Ngian, turut menyeru agara rakyat mengekalkan kerajaan GRS yang memberi peluang kesinambungan kepada pelaburan, pembangunan ekonomi, serta penyediaan peluang pekerjaan khususnya kepada golongan muda.

“Saya merayu sokongan daripada keluarga, saudara-mara, sahabat serta pengundi setempat agar terus mengekalkan kerajaan GRS untuk membawa kesinambungan dalam sosio-ekonomi negeri ini,” ujar beliau.

Beliau juga berkongsi perjalanan karier politiknya dan menyatakan keyakinan penduduk Kg Laut akan terus memberikan kepercayaan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Sementara itu, Ketua Bahagian PGRS Pantai Manis Datuk Seri Abdul Rahim Ismail ketika berucap mahu semua penduduk Kg Laut agar memberikan sokongan kepada calon nombor 7, Pg. Saifuddin dalam usaha menawan semula kerusi N.29 Pantai Manis.

Lebih 300 penduduk Kampung Laut bersama barisan kepimpinan PGRS hadir dalam dengan laungan “Rumah Kita, Kita Jaga”.