Chow Kon Yeow Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang Buat Penggal...

Chow Kon Yeow Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang Buat Penggal Kedua

0
SHARE
Chow
Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua di Seri Mutiara pagi tadi ( Sumber Foto: Bernama )

GEORGETOWN, PULAU PINANG – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua di Seri Mutiara pagi tadi.

Chow, 65, pernah diumumkan menjadi calon Ketua Menteri oleh PH. Beliau Beliau memperoleh 8,261 undi berbading calon Perikatan Nasional (PN), H’ng Khoon Leng yang mendapat 1,145 undi.

PH memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota itu menghadap Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada jam 9 35 pagi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar serta barisan pimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) negeri.