COVID-19: KES SEMBUH SEBANYAK 2,230, KES BAHARU 2,068 DAN 3 KEMATIAN DIREKODKAN...

COVID-19: KES SEMBUH SEBANYAK 2,230, KES BAHARU 2,068 DAN 3 KEMATIAN DIREKODKAN HARI INI

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 1 Januari 2021...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 2,230 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 91,171 kes (79.2%).

Namun, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 masih tinggi dan membimbangkan iaitu sebanyak 2,068 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 115,078 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 23,433 (20.4%) kes.

DARIPADA 2,068 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak dua (2) Kes import, manakala 2,066 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 126 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 54 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 776 KES dan diikuti KUALA LUMPUR sebanyak 457 KES dan SABAH sebanyak 254 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat TIGA (3) kes kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 474 kes (0.4%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (01 Januari 2021) sebanyak 776 KES daripada keseluruhan 2,068 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)