![covid19 ikut negeri - 6 Nov](https://sabahnews.com.my/wp-content/uploads/2020/11/covid19-ikut-negeri-6-Nov-640x432.jpg)
KUALA LUMPUR – JUMLAH KES baharu positif COVID-19 TERTINGGI dicatatkan Malaysia setakat ini sebanyak 1,755 KES, demikian yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menerusi Facebook rasmi KKM hari ini.
SABAH menjadi penyumbang utama kepada angka kes tertinggi hari ini dengan mencatatkan 1,199 KES daripada keseluruhan jumlah yang direkodkan hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 38,189 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,530 kes.
DARIPADA 1,755 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat tiga (3) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 1,752 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
![](https://sabahnews.com.my/wp-content/uploads/2020/11/covid19-6-Nov.jpg)
KKM turut memaklumkan bahawa terdapat lagi kewujudan TIGA (3) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Mampulut (Sabah), Kluster Fores (Selangor) dan Kluster Rengas (Perak).
Walau bagaimanapun, kes sembuh yang dilaporkan hari ini juga tinggi sebanyak 726 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 26,380 kes (69.1%).
Menurut laporan itu juga, sebanyak 83 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 32 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat DUA (2) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana masing-masing dilaporkan daripada Sabah dan Kedah, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 279 kes (0.86%).