KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan pengeluaran caruman Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri dan keluarga, demikian menurut ucapan pembentangan Belanjawan 2021, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata keputusan itu berikutan kadar penembusan insurans yang rendah di negara ini dan antara faktor yang menggugat keselamatan kewangan individu dan isi rumah.
Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan menggalakkan simpanan pada hari tua dan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ringgit ke atas caruman Skim Persaraan Swasta atau PRS dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025.