BELANJAWAN 2021: Kerajaan Luluskan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

BELANJAWAN 2021: Kerajaan Luluskan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021 dengan jumlah pengeluaran sehingga RM6,000.

Beliau berkata lagi bahawa pengeluaran dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli terjejas.

“Skim ini memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion,” menurut beliau ketika membentangkan Belanjawan 2021, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.