COVID-19: KKM LAPORKAN 10 KEMATIAN, SABAH KEKAL TERTINGGI DENGAN 528 DARIPADA 710...

COVID-19: KKM LAPORKAN 10 KEMATIAN, SABAH KEKAL TERTINGGI DENGAN 528 DARIPADA 710 KES HARI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dukacita memaklumkan terdapat SEPULUH (10) kematian hari ini yang menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 214 kes (0.87%).

Semua kes kematian yang direkodkan hari ini adalah 8 KES di Sabah (Kota Kinabalu, Tuaran & Sandakan), 1 KES di Kedah dan 1 KES di Labuan.

KKM melalui siaran langsung pada Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi turut memaklumkan SABAH masih kekal mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas merekodkan 528 KES daripada 710 KES harian yang dilaporkan hari ini.

KKM turut memaklumkan bahawa terdapat lagi kewujudan tiga (3) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Samudera (Sabah), Kluster Palma (Selangor) dan Kluster Jaya (Selangor).

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 467 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 15,884 kes (64.80%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 24,514 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,416 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 23 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 710 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat satu (1) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 709 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, sebanyak 90 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 28 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH masih mencatat kes tertinggi hari ini (23 Okt) sebanyak 528 KES daripada keseluruhan 710 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)