98 Warga Asing Tanpa Dokumen Ditangkap Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

98 Warga Asing Tanpa Dokumen Ditangkap Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

0
SHARE
Gambar Ihsan DBKK...

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 98 individu telah ditangkap dalam Operasi Bersepadu yang menyasarkan kanak-kanak pengemis jalanan di sekitar bandaraya sini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Noorliza Awang Alip berkata, operasi kelmarin (Rabu) bermula dari jam 7 pagi sehingga 2 petang.

“Kawasan lain yang diperiksa termasuk penempatan atas air Kampung Sembulan dan penempatan setinggan berhadapan Jabatan Cetak Negeri Sabah.

“Ianya dilaksanakan berdasarkan aduan orang awam dan mesyuarat bersama agensi-agensi penguatkuasaan.

Gambar Ihsan DBKK…

“Operasi bersepadu ini berjaya mengumpulkan seramai 105 orang yang diayaki warganegara asing tanpa dokumen yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini…

Beliau berkata agensi yang terlibat mendapati seramai 103 orang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah namun tujuh (7) orang telah diberi pelepasan oleh Majlis Keselamatan Negara Sabah atas faktor kesihatan.

“Mereka yang ditangkap terdiri daripada 13 orang lelak dewasa, 27 orang perempuan dewasa, 28 orang kanak-kanak lelaki dan 32 orang kanak-kanak perempuan…

Gambar Ihsan DBKK…

“Mereka telah dihantar ke Semporna dengan menggunakan tiga (3) buah bas yang telah bergerak sekitar jam 3 petang.

“DBKK berharap operasi bersepadu ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan mengikut keperluan semasa dengan kerjasama semua pihak bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga bandar raya Kota Kinabalu khususnya dan para pengunjung umumnya,” tambah beliau.

Operasi tersbut melibatkan seramai 109 anggota pelbagai agensi termasuk daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM). Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Smart Sabah serta Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).