KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 948 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan rasmi KKM sebentar tadi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 57,917 kes (83.8%).
Menurut laporan KKM hari ini, SABAH telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 408 KES.

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan kes baharu positif COVID-19 pula berada di paras membimbangkan iaitu sebanyak 1,075 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 69,095 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,802 kes.
DARIPADA 1,075 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tiga (3) Kes import, manakala 1,072 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 116 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 46 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 459 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat SEBELAS (11) kes kematian direkodkan hari ini yang mana menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 376 kes (0.5%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
