COVID-19: KKM LAPORKAN 17 KES KEMATIAN, SEBANYAK 3,318 KES BAHARU HARI INI...

COVID-19: KKM LAPORKAN 17 KES KEMATIAN, SEBANYAK 3,318 KES BAHARU HARI INI DAN 3,505 KES SEMBUH

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah pesakit yang sembuh hari ini ialah sebanyak 3,505 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 205,774 KES (79.7%).

Namun, KKM tetap melaporkan kes hari ini masih lagi pada paras membimbangkan iaitu sebanyak 3,318 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 258,306 KES. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 51,579 KES.

DARIPADA 3,318 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tujuh (7) Kes import, manakala 3,311 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 258 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 119 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR masih menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,214 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 742 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 374 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat 17 KES kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 953 KES (0.4%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (12 Februari 2021) sebanyak 1,214 KES daripada keseluruhan 3,318 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)