
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,052 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan menerusi KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 72,733 kes (83.1%).
Menurut laporan KKM hari ini, negeri SABAH telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 459 KES.

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 ketika ini berada dalam paras membimbangkan iaitu sebanyak 1,295 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 87,913 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 14,751 (16.8%) kes.
DARIPADA 1,295 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak sepuluh (10) Kes import, manakala 1,285 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 113 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 53 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 481 KES dan diikuti negeri SABAH sebanyak 268 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat TUJUH (7) kes kematian direkodkan hari ini yang mana daripada Selangor, Sabah dan Kelantan, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 429 kes (0.5%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
