COVID-19: KKM LAPORKAN SEBANYAK 3,369 KES SEMBUH, NAMUN TERDAPAT 15 KEMATIAN DAN...

COVID-19: KKM LAPORKAN SEBANYAK 3,369 KES SEMBUH, NAMUN TERDAPAT 15 KEMATIAN DAN 3,731 KES BAHARU HARI INI

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah pesakit yang sembuh hari ini ialah sebanyak 3,369 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 190,339 KES (78.5%).

Namun, KKM tetap melaporkan kes hari ini masih lagi pada paras membimbangkan iaitu sebanyak 3,731 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 242,452 KES. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 51,241 KES.

DARIPADA 3,731 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak lapan (8) Kes import, manakala 3,723 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 292 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 140 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR masih menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,606 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 499 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 372 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat 15 KES kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 872 KES (0.4%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (7 Februari 2021) sebanyak 1,606 KES daripada keseluruhan 3,731 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)