Juruteknik Maut Terjatuh Dalam Tangki

Juruteknik Maut Terjatuh Dalam Tangki

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KOTA BELUD, SABAH – Seorang jurutera kapal di sebuah pelantar sini maut selepas terjatuh ke dalam tangki yang sedang diselenggara pada Ahad.

Dalam insiden dua petang itu, mangsa berusia 51 tahun dikatakan masih sedar dengan tangan yang patah selepas jatuh dari ketinggian 13.5 meter.

Namun, menurut Pemangku Ketua Polis Kota Belud, ASP Tajuddin Padis, keadaan mangsa semakin lemah dan dihantar ke hospital menggunakan helikopter.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 9.40 malam.

“Siasatan lanjut dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (Sudden Death Report),” katanya, sambil menambah mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Difahamkan mangsa telah diarah memeriksa sukatan minyak dalam tangki tersebut sebelum terjatuh masuk melalui penutup yang dibuka.