TONGOD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah membayangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertanding sekurang-kurangnya 52 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
“Berdasarkan sentimen kuat rakyat Sabah kepada parti tempatan menjelang PRN kali ini saya jangakkan kita bakal bertanding 52 kerusi jika Pengerusi GRS bersetuju mengenai cadangan itu.
“Selebihnya 21 kerusi bakal diagihkan kepada parti nasional yang bersetuju menjalinkan kerjasama dengan GRS, ” katanya ketika berucap pada siri Jelajah GRS di Kampung Mananam di sini, petang semalam.
Naib Presidan Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) itu berkayakinan calon-calon parti tempatan dalam GRS mampu menjadi pertaruhan dominan sekaligus menyingkirkan pembangkang yang sebelum ini ditolak oleh rakyat ketika menjadi kerajaan di Sabah.
Masiung menegaskan, GRS akan lebih berhati-hati menjalinkan hubungan kerjasama dengan parti-parti lain ekoran peristiwa cuba menjatuhkan kerajaan negeri menerusi Langkah Kinabalu pada Januari 2023.
Menurut beliau, hubungan kerjasama politik dan pentadbiran kerajaan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) Plus pada ketika ini cukup baik dan ia boleh dikekalkan.
Masiung yakin, jika kesepakatan GRS dan PH diteruskan dalam menghadapi PRN17, maka gabungan itu diyakini mampu membentuk kerajaan negeri Sabah sekali lagi.






