Van Klinik Pergigian dan Lori Bertembung di TENOM, Lapan Mangsa Terlibat

Van Klinik Pergigian dan Lori Bertembung di TENOM, Lapan Mangsa Terlibat

0
SHARE

TENOM: Sebuah van klinik pergigian bergerak milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Kampung Mamaitom, pada Sabtu.

Menurut kenyataan daripada Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom menerima panggilan kecemasan pada jam 8.29 pagi.

“Jentera pertama tiba di lokasi sekitar jam 8.57 pagi, dengan jarak perjalanan sejauh 34 kilometer.

“Seramai lapan orang mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut, namun tiada kecederaan serius dilaporkan. 

“Seorang daripada mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak ambulans KKM untuk tindakan lanjut di Hospital Tenom,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Operasi diketuai oleh Saony Saimin bersama lima anggota dari BBP Tenom. Dua anggota daripada KKM turut berada di lokasi bagi memberi bantuan kecemasan.

“Setelah memastikan tiada ancaman lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.19 pagi,” menurut kenyataan tersebut.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.