KUALA LUMPUR – SABAH terus mencatatkan kes tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas merekodkan 489 KES daripada 629 KES harian yang dilaporkan hari ini, demikian yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.
Dilaporkan juga kes sembuh hari ini sebanyak 245 kes yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 12,259 kes (65.35%).
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 18,758 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 6,323 kes.

DARIPADA 629 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat dua (2) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 627 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut laporan itu juga, sebanyak 99 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 31 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat enam (6) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana 5 kes dilaporkan daripada Sabah (Sandakan, Semporna & Kota Kinabalu) dan 1 daripada Kuala Lumpur, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 176 kes (0.94%).
