COVID-19: SEMUA 3 KEMATIAN BERLAKU DI SABAH, TURUT CATAT NEGERI TERTINGGI DENGAN...

COVID-19: SEMUA 3 KEMATIAN BERLAKU DI SABAH, TURUT CATAT NEGERI TERTINGGI DENGAN 643 DARIPADA 865 KES HARI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – SABAH terus mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas merekodkan 643 KES daripada 865 KES harian yang dilaporkan hari ini, demikian yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, KKM melaporkan angka tertinggi kes sembuh setakat ini direkodkan hari ini sebanyak 455 kes yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 13,717 kes (64.21%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 20,498 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,049 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 19 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 865 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat tujuh (7) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 858 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, sebanyak 99 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 32 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat tiga (3) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana SEMUA kes dilaporkan daripada Sabah (Kota Kinabalu, Tawau & Sandakan), ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 190 kes (0.89%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…