KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan separuh sedar selepas merempuh belakang lori sampah di Jalan Lintas berhadapan Metro Town di sini.
Mangsa 59 tahun yang hanya dikenali sebagai Johny, tersepit di dalam kenderaan Perodua Kancil yang dipandunya dalam insiden kira-kira 6.15 pagi tadi.
Keadaan mangsa yang separuh sedar selepas merempuh lori sampah. – Foto Ihsan Bomba…
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa berjaya dikeluarkan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS.
“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut,”katanya dalam kenyataan sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 6.33 pagi.