VAVA SURESH, PAKAR TANGKAP ULAR KRITIKAL DIPATUK ULAR TEDUNG

VAVA SURESH, PAKAR TANGKAP ULAR KRITIKAL DIPATUK ULAR TEDUNG

0
SHARE

NEW DELHI, INDIA – Pakar pengendali dan penyelamat ular popular Vava Suresh dari Kerala telah dipatuk ular tedung di daerah Kottayam negeri ini pada Isnin baru-baru ini.

Kejadian tragis itu berlaku semasa salah satu operasi menyelamat.

Menurut laporan media tempatan, peristiwa itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang semasa Vava sedang memasukkan ular tedung tersebut ke dalam sebuah karung.

Ular berkenaan diselamatkan dari sebuah kediaman di kampung Kurichy, berhampiran Changanacherry, menurut laporan DailyMail.

Lelaki berusia 48 tahun itu digigit pada kaki kanan dan kemudian dibawa ke hospital swasta Kottayam.

Vava dipatuk oleh ular tedeung pada bahagian paha kanan ketika cuba memasukkan reptilia berkenaan ke dalam sebuah karung…(Sumber Foto: MailOnline)

“Sepuluh minit sebelum tiba di hospital Vava jatuh pengsan. Bacaan nadi beliau menurun sehingga hanya 20 degupan seminit…

“Dia akhirnya dihantar ke Hospital Kolej Perubatan Kottayam,” kata sumber itu.

 

 

 

 

 

 

VIDEO yang tular merakamkan detik cemas Pakar pengendali dan penyelamat ular popular Vava Suresh telah dipatuk ular tedung ketika hendak memasukkan ular tedung tersebut ke dalam sebuah karung…(Sumber Video: IndianExpressOnline)

Keadaan kesihatan Vava Suresh masih kritikal dan tambahan pula manakala Menteri Kesihatan Kerala, Veena George memaklumkan bahawa bil perubatan Suresh akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Menteri Pendaftaran India, V.N. Vasavan juga telah dilaporkan melawat penyelamat ular itu di hospital.

Menurut laporan akhbar Hindustan Times, Vava telah mula bernafas dengan sendiri meskipun masih tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi.

Pakar perubatan menjelaskan bahawa ia akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkan kesan bisa ular secara penuh, namun keadaan Vava mungkin boleh pulih seperti biasa.

Sepanjang karier selama 20 tahun, Vava mendakwa telah menyelamatkan beribu-ribu ekor ular dan pernah dipatuk sebanyak beratus-ratus kali.

Vava menjadi terkenal di Kerala kerana pantas bertindak balas kepada aduan individu yang melihat kelibat ular di kediaman mereka. Beliau akan menangkap reptilia terbabit dan melepaskannya ke dalam hutan secara selamat.