KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 573 KES. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 19,072 kes (64.78%).
KKM sebentar tadi turut memaklumkan SABAH masih kekal mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas merekodkan 546 KES daripada 801 KES harian yang dilaporkan hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 29,441 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,123 kes.

semua 801 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat dua (2) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 799 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut laporan itu juga, sebanyak 94 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 25 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM dukacita memaklumkan terdapat LAPAN (8) kematian hari ini yang menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 246 kes (0.84%).
Semua 7 KES kematian yang direkodkan hari ini adalah daripada Sabah (Kota Kinabalu, Sandakan & Tawau) dan 1 KES di Selangor (Sungai Buloh).






