DBKK Benarkan Perdana Park Beroperasi Semula Susulan Serangan Memerang

DBKK Benarkan Perdana Park Beroperasi Semula Susulan Serangan Memerang

0
SHARE
Perdana park
Sekadar gambar hiasan

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada Sabtu memaklumkan bahawa Perdana Park Tanjung Aru telah dibenarkan untuk beroperasi semula seperti biasa.

“Kebenaran ini telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan Perdana Park Tanjung Aru sejak awal bulan November lalu, untuk tindakan pihak pengurusan Perdana Park yang selanjutnya.

“Walau bagaimanapun, pembukaan semula taman ini adalah tertakluk kepada kesediaan pihak pengurusan taman.

“Sebarang pertanyaan berhubung operasi taman ini hendaklah dikemukakan kepada pihak pengurusan Perdana Park Tanjung Aru,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Pada 11 September lalu, DBKK telah mengeluarkan notis penutupan kepada pengurusan Perdana Park Tanjung Aru untuk menutup sementara pengoperasian susulan insiden serangan memerang terhadap pengunjung awam.

Dua wanita dan seorang lelak mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti rekreasi dalam serangan kira-kira 6.30 pagi Rabu itu.