Dr Rose Nani Buat Laporan Polis Ke Atas Wanita Yang ‘Menghantuinya’ Selepas...

Dr Rose Nani Buat Laporan Polis Ke Atas Wanita Yang ‘Menghantuinya’ Selepas Kemalangan

0
SHARE
Gambar kemusnahan pada kereta Shima..(Kredit Foto: Facebook Shima AllesyaHasim)

KOTA KINABALU, SABAH – Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin membuat laporan polis ke atas wanita yang ‘menghantuinya’ selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Isnin baru-baru ini.

Rose dalam sebuah kenyataan hari ini berkata laporan itu dibuat demi keselamatan dirinya dan staf kerana bimbang terjadi “perkara buruk” pada kemudian hari.

Katanya seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Shima AllesyaHasim telah menularkan kenyataan berhubung insiden 9.55 malam itu pada hari ini.

“Perkara tersebut diserahkan kepada pihak insuran masing-masing untuk diselesaikan…

Tetapi pada sehari selepas insiden, wanita yang dikenali sebagai Puan Shima yang merupakan penumpang dalam kereta yang terbabit dalam kemalangan tersebut telah menghubungi staf Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah dengan beberapa tuntutan.

“Selepas itu, saya dan pemandu kereta tersebut telah pergi ke Balai Polis dan membuat laporan polis.

“Pihak kami telah merujuk perkara ini kepada pihak insuran dan dinasihatkan agar Puan Shima menghubungi pihak insuran beliau,” jelasnya.

Gambar kemusnahan pada kereta Shima..(Kredit Foto: Facebook Shima AllesyaHasim)

Walau bagaimanapun, menurut Pengarah itu, pada hari Isnin baru-baru ini, wanita tersebut telah datang ke pejabatnya pada sekitar jam 2.00 petang.

“Namun saya sedang menghadiri mesyuarat pada ketika itu. Beliau telah diminta oleh staf saya untuk menghubungi pihak insuran bagi mengemukakan apa-apa tuntutan…

“Beliau mendesak untuk berjumpa dengan saya dan kemudian mula berkelakuan agresif.

“Pihak Polis telah dihubungi untuk mengelakkan kekecohan di pejabat saya,” katanya lagi.

Dr Rose Nani Mudin…

Rose berkata, kemalangan yang berlaku adalah diluar jangkaan mana-mana pihak.

“Saya berharap perkara ini diselesaikan dengan sebaik-baiknya mengikut prosedur sedia ada,” tambah beliau.

Shima manakala, dalam catatan Facebook beliau mendakwa mendapati seorang staff (kakitangan) dari Federal Office (Pejabat Persekutuan atau Agensi Persekutuan) berkata, Pengarah Kesihatan itu dilanggar pemandu mabuk.

“Sepanjang kejadian, anggota polis menengking dan mengugut saya di lobi pejabat kesihatan. Puan pengarah langsung tidak menjenguk ke luar dan langsung tidak cuba menenangkan keadaan…

“Mungkin beliau mengharap anggota polis berkenaan akan menangkap saya dan membawa saya ke balai.

“Saya yang sendiri duduk diam-diam sepanjang masa di lobi office. Niat saya untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi selepas kereta kami dilanggar oleh beliau,” katanya.

Beliau berkata berkata lagi, kes mudah itu menjadi rumit dan menyusahkan keluarganya kerana tiada kerjasama antara dua pihak.