Ronald Kiandee Digantung Keahlian Bersatu, Dakwa Parti Amal Nepotisme

Ronald Kiandee Digantung Keahlian Bersatu, Dakwa Parti Amal Nepotisme

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee digantung keahlian parti selama dua penggal pilihan raya berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan menerusi notis Lembaga Disiplin Bersatu yang turut dikongsi Kiandee di laman Facebook beliau, menyatakan Ahli Parlimen Beluran itu melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti.

Mengulas keputusan itu, Ronald mempersoalkan tindakan penggantungan berkenaan dan berkata beliau sepatutnya dipecat sekiranya benar melakukan kesalahan serius.

Kalau benar saya melakukan kesalahan besar, kenapa tidak pecat sahaja? Kenapa gantung dua penggal?” katanya.

Beliau turut menegaskan penglibatannya dalam pelbagai inisiatif termasuk program RESET serta pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri di Bangkok tidak menunjukkan sebarang salah laku.

Ronald juga mengkritik Lembaga Disiplin parti yang menurutnya dipimpin individu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kepimpinan tertinggi serta didakwa digunakan sebagai alat politik untuk melindungi kelompok tertentu.

Beliau berkata perjuangan parti kini dilihat semakin tersasar daripada semangat perjuangan bersama kepada agenda politik peribadi.

“Saya tidak akan merayu. Anggap sahaja tempoh rayuan itu sudah tamat. Noktah,” katanya.